KURSUS ASAS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI & TEKNIK TANGKAPAN POLIS BANTUAN & PENGUATKUASA
1. PENGENALAN
Pasukan keselamatan, terutamanya Polis Bantuan dan anggota penguatkuasa, memerlukan disiplin, pengetahuan, dan kemahiran tinggi untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan selamat.
Surveillance Synergy Sdn. Bhd. (SSSB) telah membangunkan Kursus Seni Mempertahankan Diri (Tempur Tanpa Senjata) & Teknik Tangkapan, sesuai untuk:
Mempertahankan diri secara profesional
Menangkap pelaku kesalahan dengan risiko minimum
Dikendalikan oleh Tenaga Pengajar & Jurulatih berpengalaman dari PDRM, kursus ini membantu anggota memahami asas seni mempertahankan diri dan teknik tangkapan, sekaligus meningkatkan kemahiran, keselamatan, dan keberkesanan perkhidmatan.
2. OBJEKTIF
Di akhir sesi kursus, peserta akan:
✔ Sentiasa bersedia melaksanakan tugasan pada setiap masa
✔ Lebih yakin dengan penugasan yang diberikan
✔ Meningkatkan keyakinan diri dalam situasi mencabar
✔ Memahami teknik pertahanan diri dan cara tangkapan secara jelas dan selamat
✔ Mengetahui hak-hak mempertahankan diri mengikut peruntukan undang-undang
3. KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini merangkumi topik-topik utama berikut:
✔ Pergerakan Asas Seni Mempertahankan Diri
✔ Kombinasi Tangkapan, Tumbukan & Tendangan Selangkah
✔ Teknik Pertahankan Diri
✔ Tindakan Menghadapi Serangan Tanpa Senjata
✔ Asas Teknik Tangkapan
✔ Teknik Pemeriksaan Tubuh Badan
✔ Teknik Pemeriksaan & Penggunaan Gari
✔ Simulasi Teknik Tangkapan (Latihan Praktikal)
Latihan praktikal ini memastikan peserta mampu mengaplikasikan teknik dengan selamat dan berkesan.
HARI PERTAMA
08:30 – 09:00
Pendaftaran/Taklimat
09:00 - 10:30
Pergerakan Asas SMD Setempat
10:30 – 11:00
Minum pagi
10.30 – 12.30
Asas Tumbukan / Tendangan / Tangkisan
12:30 – 14:00
Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:00
Asas Tumbukan / Tendangan / Tangkisan / Langkah
15:00 – 15:30
Minum Petang
15:30 – 17:00
Asas Tumbukan Tendangan / Tangkisan / Langkah
HARI KEDUA
08:30 – 10:30
Tindakbalas serangan satu Langkah & Kuncian
10:00 – 10:30
Minum Pagi
10:30 – 12:30
Tindakbalas Serangan Satu Langkah & Kuncian
12:30 – 14:00
Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:30
Teknik Melepaskan Pegangan / Peluk / Cekik
15:30 – 16:00
Minum Petang
16:00 – 17:00
Teknik Melepaskan Pegangan / Peluk / Cekik
HARI KETIGA
8:30 – 10:00
Teknik Tangkapan & Pat Down
10:00 – 10:30
Minum Pagi
10:30 – 12:30
Teknik Tangkapan & Penggunaan Gari
12:30 – 14:00
Makan Tengahari /Rehat
14:30 – 15:30
Teknik Tangkapan & Penggunaan Gari
15:30 – 16:00
Minum Petang
16:00 – 17:00
Teknik Tangkapan & Penggunaan Gari
HARI KEEMPAT
08:30 – 10:00
Penilaian/ Ujian kompentasi peserta
10:00 – 10:30
Minum Pagi
10:30 – 12:30
Simulasi Teknik Tangkapan
- Tangkap
- Gari
- Pemeriksaan Badan
12:30 – 14:00
Makan Tengahari /Rehat
14: 30- 15:30
Ulang kaji semua pergerakan
15:30 – 16:30
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS
TAMAT KURSUS & BERSURAI